Archive for the ‘Fitura’ Category
Oleh Zulkiple Ibrahim
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — “Harga tambang ialah RM230.99 dan encik boleh bayar melalui kad kredit. Boleh saya dapatkan nombor kad kredit encik..,” itulah jawapan yang membuat Masnan Ahmat terpegun seketika.
Sebelum itu, Masnan telah membuat panggilan telefon kepada satu syarikat penerbangan tambang murah di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, dekat sini untuk menempah satu tiket penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang.
“Orang kata, iklan tentang harga tiket kapal terbang murah hanya merupakan satu gimik. Tapi tak lah saya sangka harga satu tiket sampai RM230.99 untuk satu tempat duduk,” kata Masnan, seorang guru.
Menurut Masnan, beliau tiada pilihan, melainkan terpaksa membeli tiket itu untuk anaknya yang akan kembali ke kolej pengajian setelah berakhirnya cuti perayaan Tahun Baru Cina yang lepas.
“Kalau tidak kerana terpaksa, sudah tentu saya sudah tempah tiket penerbangan biasa dan dapat juga khidmat yang lebih baik. Saya ingat tiket penerbangan tambang murah memang murah, tapi rupa-rupanya sebalik pula,” kata beliau.
TIADA YANG MURAH
Berwaspadalah dengan perkataan ‘dari’ dalam iklan-iklan tiket penerbangan tambang murah, nasihat aktivis kepenggunaan dan sosial, Gurmukh Singh.
Beliau berpendapat pengguna tidaklah boleh menyalahkan syarikat-syarikat penerbangan tambang murah, kerana penggunaan perkataan ‘dari’ sebenarnya mencerminkan kos asas bagi harga satu tiket penerbangan.
“Bila dimasukkan sekali caj tambahan untuk minyak, cukai lapangan terbang, bayaran untuk insurans, perkhidmatan dan pelbagai lagi, harga sebenar tiket tersebut bukanlah boleh dikata murah,” jelas beliau kepada Bernama di sini.
Tambah beliau, tiket-tiket tersebut boleh dibeli dengan harga yang betul-betul murah jika tempahan dibuat pada waktu lebih awal lagi.
“Kalau anda membuat tempahan on-line menerusi Internet, seperti tiga bulan daripada tarikh penerbangan, anda hanya perlu bayar hanya lebih kurang RM40 untuk satu tiket.
“Ini adalah lebih murah daripada harga satu tiket keretapi atau bas jika anda mahu ke destinasi seperti Pulau Pinang atau Kota Baharu,” kata Gurmukh.
FAKTOR MASA
Seorang lagi aktivis kepenggunaan, Fatimah Mansur, bersetuju dengan pandangan Gurmukh.
“Setengah dekad yang lampau, tak ramai orang yang boleh naik penerbangan komersil. Masa dulu, kemudahan ini hanyalah untuk ahli perniagaan dan korporat swasta serta pegawai kanan kerajaan.
“Lihatlah sekarang. Semua orang boleh naik kapal terbang, pelajar boleh terbang pulang dari asrama sekolah mereka yang terletak jauh dari kampung halaman”.
Kata beliau, rakyat Malaysia beruntung kerana mereka dapat menikmati tiket kapal terbang yang agak murah berbanding dengan rakyat di negara lain.
Terdapat dua syarikat penerbangan tambang rendah di negara ini, AirAsia dan Firefly.
Operasi AirAsia berpusat di terminal penerbangan kos rendah (LCCT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, manakala Firefly terbang dari pusat operasinya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.
AirAsia merupakan syarikat penerbangan yang pertama di rantau ini yang memperkenalkan penerbangan tanpa tiket serta tempat duduk bebas. Syarikat ini memang popular kerana penawaran harga tiket rendah.
Ia juga mempunyai syarikat kembar di negara Asean iaitu Thai AirAsia yang terbang dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok dan Indonesia AirAsia yang beroperasi dar Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.
BEKALAN DAN PERMINTAAN
Tiket kapal terbang adalah seperti barangan pengguna yang lain, kata Fatimah.
“Konsepnya adalah sama. Jika anda dalam keadaan yang amat memerlukan dan tarikh penerbangan yang anda mahu adalah dekat, maka mahal lah tiket yang anda mahu beli. Tapi, jika tarikhnya berbulan lagi, harga tiket tersebut adalah memang murah.
“Konsep tambang murah memang baik untuk mahasiswa universiti dan pelajar lain. Mereka boleh membuat tempahan awal, sebab mereka sudah tahu tarikh cuti masing-masing,” katanya.
Jelas Fatimah lagi, konsep terbang dengan tambang murah memang baik untuk seisi keluarga kerana ia membolehkan sesebuah keluarga pergi bercuti dengan kos yang lebih murah, dengan syarat tempahan awal perlu dilakukan.
– BERNAMA
Majalah.Dompas.net dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Dompas Networks, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain.
PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) — Selain dorongan ibu bapa dan tunjuk ajar daripada para guru, sikap sabar dan konsisten merupakan kunci kejayaan bagi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007.
Azali Azlan yang memperoleh 20 1A dan satu 2A berkata beliau mengamalkan sikap belajar dengan sabar di samping membina kekuatan dalaman dengan bertawakkal kepada Allah bagi menghadapi apa jua cabaran yang mendatang.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah itu terpilih menerima anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Azali yang bercita-cita untuk menjadi seorang profesor berkata beliau tidak mempunyai jadual pembelajaran tertentu dan hanya belajar mengikut kesesuaian dirinya.
“Saya tak pernah ada jadual kerana kalau ada jadual, saya akan rasa tertekan sebab kena ikutnya, jadi saya belajar bila rasa ada semangat untuk belajar tetapi semangat itu kita kena rangsang selalu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman keputusan SPM 2007 oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Azali yang turut aktif dalam aktiviti kokurikulum berkata, keputusan mengambil 21 mata pelajaran pada SPM 2007 bukan untuk mengatasi rekod SPM tahun-tahun sebelum ini.
“Bagi saya kalau buat untuk memecahkan rekod, ia sebenarnya tak ada apa-apa tetapi saya buat untuk saya sendiri dan untuk cikgu dan ibu bapa,” katanya yang sentiasa bertawakkal kepada Allah.
–BERNAMA
Majalah.Dompas.net dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Dompas Networks, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain.

Catatan & Foto oleh Syafrein Effendiuz
Lirik lagu Iyeth Bustami berjudul “Laksmana Raja Di Laut” antaranya:
“Laksmana Raja Di Laut
Bersemayam di bukit batu”
Foto di atas adalah tempat bersemayam laksamana Raja di Laut di Bukit Batu, Bengkalis, Riau. Ketika saya berkunjung ke sana, rumah ini sedang dipulihara (dipugar).
Lirik lengkap lagu tersebut:
Zapin …
Aku dendangkan lagu Melayu
Pelipur hati, pelipur laraCahaya manis kilau gemilang
Di kantung takdir indah menawan
Aku bernyanyi berzapin riang
Moga hadirin, aduhai sayang, jadi terkesanKembanglah goyang atas kepala
Lipatlah panan sanggul dipadu
Kita berdendang bersuka ria
Lagulah zapin, aduhai sayang, rentak MelayuLaksmana Raja Di Laut
Bersemayam di bukit batu
Hati siapa tak terpaut
Mendengar lagu zapin MelayuMembawa tepak hantaran belanja
Bertatah perak indah berseri
Kami bertandak menghidup budaya
Tidak Melayu, aduhai sayang, hilang di bumiPektinglah gambus sayang, lantang berbunyi
Disambut dengan tengkah meruas
Saya bernyanyi sampai di sini
Mudah-mudahan hadirin semua menjadi puas
Pautan:
- Laksmana Raja Di Laut #1
- Iyeth Bustami & Siti Nurhaliza
- Iyeth Bustami Dapat Senjata untuk Gugat Balik
Artikel ini diterbitkan oleh Majalah.Dompas.net, yang juga menerbitkan Dompas Network, dan Artikel Sentral, Health and Fitness World. Editor: Syafrein Effendiuz, bekerjasama dengan Zubli Zainordin pengasas Sains dan Seni Jaya Diri, pengarang blog Total Happiness dan pengelola Book Project blog. Syafrein juga mengelola blog Catatan Sekilas, Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier, Profitlance dan lain-lain. Semua artikel boleh diterbitkan semula dengan syarat memberi kredit kepada penulis dan sumbe: http://majalah.dompas.net/ dengan link hidup.
Catatan Syafrein Effendiuz
Orang Riau amat berterima kasih kepada Iyeth Bustami kerana memperkenalkan rentak zapin di khazanah seni suara di Indonesia. Iyeth kelahiran Bengkalis, Riau popular dengan lagu Laksmana Raja Di Laut berentak zapin plus dangdut (zapin-dut), satu-satunya penyanyi Riau yang terkenal di Indonesia.
Dia menjadi kebanggaan Riau, khususnya Kabupaten Bengkalis dan Siak Sri Indrapura.Sebelum ini, Eddy Silitonga memperkenalkan lagu ‘kebangsaan’ Riau: Lancang Kuning.
Riau tidak begitu dikenal di Indonesia selain minyak. Namun, minyaknya telah dikuras habis oleh orang luar melalui pemerintahan Suharto. Rakyatnya tetap miskin. Baru sekarang mereka mulai bangkit. Dan Iyeth menjadi penglipur lara mereka selain dari komedi ‘Yong Dolah’.Di mobil-mobil orang Melayu, lagu-lagu Iyeth ini menjadi salah satu koleksi wajib.
Tertarik dengan judul lagu ini, saya telah berkunjung ke Bukit Batu pada hari raya kedua menziarahi makam Laksmana Raja Di Laut. Pada hari berikutnya saya menuju pusat pemerintahan kerajaan Siak Seri Inderapura. [Bersambung]
Pautan:
Artikel ini diterbitkan oleh Majalah.Dompas.net, yang juga menerbitkan Dompas Network, dan Artikel Sentral, Health and Fitness World. Editor: Syafrein Effendiuz, bekerjasama dengan Zubli Zainordin pengasas Sains dan Seni Jaya Diri, pengarang blog Total Happiness dan pengelola Book Project blog. Syafrein juga mengelola blog Catatan Sekilas, Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier, Profitlance dan lain-lain. Semua artikel boleh diterbitkan semula dengan syarat memberi kredit kepada penulis dan sumbe: http://majalah.dompas.net/ dengan link hidup.


