Archive for the ‘Versi Melayu’ Category

Oleh Zulkiple Ibrahim (Sempena Hari Ginjal Sedunia,esok)

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Ketika beliau dibawa masuk ke unit trauma dan kecemasan di sebuah pusat perubatan di sini, A.Sukumar berada dalam keadaan tercungap-cungap dan sukar bernafas.

“Dia hampir lemas,” kata seorang doktor yang merawat pesakit itu.

Mengapa doktor itu berkata sedemikian?.

Bila diperiksa dan setelah menjalani ujian darah, Sukumar didapati mengalami kegagalan ginjal atau buah pinggang peringkat akhir (ESRF).

Sukumar hampir maut setelah mengalami keadaan ‘takungan cecair dalam badan’ akibat air telah memasuki paru-parunya. Ia hampir ‘mati lemas’ walaupun masih bernafas.

Sementara itu, bagi Mah Weng Hong, 32, hidup beliau sudah tidak bermakna lagi bila menghidapi kegagalan ginjal.

“Aktiviti harian saya amat terhad. Oleh itu, saya tidak punya pendapatan seperti dahulu,” kata Mah, yang pernah bekerja sebagai jurujual komputer.

Adakah betul seperti yang diperkatakannya?.

“Sudah tentu tidak,” jawab Kang Chok On, Pegawai Sains Perubatan Kanan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.

Kang, yang mempunyai pengalaman hampir tiga dekad, dalam perawatan pesakit kegagalan ginjal, berkata: “Pesakit masih boleh hidup serta menjalani rutin harian seperti biasa, jika mereka menjalani rawatan dialisis”.

HEMODIALISIS

Menurut Kang, hemodialisis merupakan rawatan yang digunakan untuk kegagalan ginjal semenjak tahun 1960-an.

Bila pesakit berkata tentang ‘cuci darah’, mereka maksudkan hemodialisis, kata Kang.

“Hemodialisis boleh dijalankan di hospital atau klinik, atau mana-mana pusat rawatan harian dan juga rumah pesakit. Rawatan mengambil masa dari empat hingga lima jam. Pesakit biasanya baring atas sofa atau kerusi dan mereka boleh menjalani rawatan sambil membaca atau menonton televisyen,” beliau memberitahu Bernama di sini.

Ginjal adalah organ yang penting untuk membersihkan darah. Organ ini membuang bahan sisa, seperti mineral, urea dan kreatinin serta cecair lebihan dari darah.

Bahan-bahan buangan ini kemudian dialirkan ke pundi kencing dan dikumuh dari badan dalam air kencing.

Ginjal juga mengekalkan keseimbangan garam, ion dan air dalam badan. Organ ini juga mengawal tekanan darah melalui enzim renin yang juga memberi kestabilan pada kandungan garam dalam darah seperti mineral serta kalsium dan fosfat.

Menurut Kang, ginjal juga penting untuk mengawal pH (tahap asid) dalam darah dengan mengeluarkan hormon erythropoietin, yang memberi stimulasi pembentukan sel darah merah dalam sum-sum tulang.

Darah sentiasa menyalur ginjal menerusi arteri renal, pada kadar satu liter setiap minit. Ini adalah 20 peratus keluaran dari jantung.

Kang menjelaskan, manusia biasanya mempunyai dua organ ginjal tapi ada juga yang dilahirkan dengan hanya satu ginjal.

“Walaupun mereka hanya ada satu ginjal, satu sudah cukup untuk proses normal badan.

Bila seseorang itu ditakrifkan sebagai mengalami kegagalan ginjal maknanya kedua-dua organ ini telah gagal berfungsi sepenuhnya”.

Jelas Kang lagi, satu masalah besar ialah jumlah mesin dialisis yang tidak mencukupi untuk merawat pesakit yang semakin ramai.

“Kosnya agak tinggi, iaitu RM150-RM180 untuk satu sesi rawatan. Biasanya seorang pesakit memerlukan tiga sesi dialisis seminggu manakala ada juga kes-kes yang memerlukan empat sesi”.

DIALISIS PERITONEUM

Satu lagi rawatan kegagalan ginjal yang wujud sejak tahun 1980-an ialah dialisis peritoneum.

Kaedah ini menggunakan lapisan peritoneum yang menyelubungi organ dalam abdomen seperti perut, intestin kecil dan duodenum besar. Lapisan ini bertindak sebagai ginjal artifisial dalam menapis cecair buangan badan.

Terdapat dua jenis kaedah ini iaitu dialisis peritoneum secara ambulantori (yang tidak memerlukan mesin) serta dialisis peritoneum dibantu ‘cycler’ di mana mesin ‘cycler’ digunakan ketika pesakit sedang tidur.

RISIKO

Kang berkata, tanpa dialisis pesakit terpaksa menjalani pemindahan ginjal tetapi kosnya amat tinggi, mencecah RM100,000.

Terdapat banyak risiko ketika pesakit menjalani dialisis seperti perdarahan, tekanan darah menjunam rendah, infeksi, rasa mual dan juga kejang otot.

Masalah lain termasuk ketidakseimbangan elekrolit dan juga anemia.

Menurut pakar makanan Phua Yong Siew:”Oleh kerana pesakit yang menghidap kegagalan ginjal juga mengalami risiko sakit jantung, diet mereka hendaklah mengandungi kandungan yang rendah lemak”.

Kata beliau, pesakit juga perlu mengurangkan kandungan garam dalam makanan mereka manakala makanan yang mempunyai kandungan potasium yang tinggi adalah tidak baik untuk jantung.

Antara makanan yang mempunyai kandungan potasium tinggi ialah pisang, kacang, kentang, dhal, bayam dan tomato.

JUMLAH AIR YANG BOLEH DIMINUM

Menurut Kang, pesakit perlulah mengawal jumlah air yang mereka minum setiap hari.

“Mereka hendaklah minum tidak lebih dari 500 ml air satu hari, sama kandungan dengan sebotol air mineral yang kecil, kata beliau.

Dengan itu, seorang pesakit kegagalan ginjal seharusnya mencatat peningkatan berat badan tidak lebih dari 0.5 kg sehari antara sesi rawatan.

Jika ia minum lebih dari itu, ia akan mengalami takungan air dalam badan dan jika tidak dirawat, akibatnya boleh membawa maut, tambah beliau lagi.

– BERNAMA

Majalah.Dompas.net dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Dompas Networks, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain.

Oleh Rosliwaty Ramly

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) — Sepertiga daripada wanita di Amerika Syarikat (AS) berkahwin semula dalam masa dua hingga empat tahun selepas bercerai manakala 39 peratus daripada lelaki berkahwin semula kurang daripada dua tahun, dan 38 peratus daripada wanita menunggu lebih daripada empat tahun untuk berkahwin semula.

Demikian menurut satu kajian yang dijalankan di AS yang dinamakan ‘ Jaminan Kewangan untuk wanita yang berkahwin semula’. Seramai 426 orang yang berkahwin untuk kali kedua diinterviu untuk kajian itu.

Pasangan yang menuju ke arah perkahwinan kali kedua lazimnya membawa bersama mereka permasalahan lama, hasil perkahwinan terdahulu.

Permasalahan ini adalah dalam bentuk emosi dan kewangan di mana kewangan biasanya melibatkan hutang yang sedia ada, tabiat lama berbelanja dan perancangan belanjawan serta tanggungjawab kewangan untuk keluarga yang terdahulu.

Justeru, kepada mereka yang berhasrat untuk berkahwin bagi kali kedua, Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) menawarkan beberapa panduan dari aspek kewangan sebagaimana yang terkandung dalam buku panduannya mengenai Perancangan Kewangan.

ACCA menasihatkan supaya seseorang itu dapat memikirkan untuk membuat perjanjian pra-nikah, cara-cara membahagikan aset dan tanggungan, dan cara terbaik mewujudkan akaun persendirian serta akaun untuk seisi rumah.

STATUS KEWANGAN SEMASA

Ketiga-tiga elemen itu disifatkan sebagai persediaan yang wajar sebelum seseorang memutuskan untuk berkahwin semula supaya ia dapat melengkapkan dirinya dari segi kewangan.

Antara perkara yang perlu dibincangkan bersama dengan bakal pasangan ialah:

* Jumlah hutang yang ditanggung dan dengan siapa ia berhutang. Ini merangkumi, antaranya, sewa beli, gadai janji, pinjaman untuk belajar dan pinjaman persendirian.

* Corak perbelanjaan anda terutama sekali dengan penggunaan kad kredit. Berapa banyak yang dibelanjakan setiap bulan dengan menggunakan kad kredit dan berapa banyak bakinya, serta berapa banyak pula yang anda ketepikan sebagai simpanan.

* Tanggungjawab kewangan anda kepada yang lain. Ini termasuk saraan atau nafkah dan perbelanjaan kepada anak-anak daripada perkahwinan terdahulu atau ibu bapa yang berusia.

Jika anda berhasrat untuk berkongsi tanggungjawab kewangan dengan bakal pasangan hidup anda, adalah lebih baik jika anda berbincang terlebih dahulu siapa yang membayar apa.

Jika salah seorang daripada anda enggan mendedahkan maklumat kewangan, itu seharusnya dengan segera menghantar mesej ‘bendera merah’ sebagai tanda amaran kerana pasangan anda mesti ada sebab kenapa ia berbuat demikian.

Pertimbangan perjanjian pra-nikah

Andaikata anda tidak menandatangani perjanjian pra-nikah untuk perkahwinan pertama, adalah baik jika anda dapat mempertimbangkannya kali ini terutama sekali jika anda mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu, memiliki perniagaan atau menjadi rakan kongsi dalam sesebuah syarikat, atau jika anda berada pada kerjaya yang membolehkan anda meraih pendapatan yang lumayan.

Pendek kata, sebuah perjanjian pra-nikah seharusnya mengandungi maklumat-maklumat seperti aset dan tanggungan yang setiap seorang daripada anda harus bawa ke dalam perkahwinan dan ia juga seharusnya menetapkan dalam perjanjian itu mengenai pembahagian aset jika anda ingin mengemukakan perceraian.

Isu-isu yang sering ditimbulkan dalam sesebuah perjanjian ialah:

* Aset dan tanggungan

Apakah aset yang setiap seorang bawa dalam perkahwinan dan apakah nilainya Aset manakah yang menjadi harta perkahwinan dan yang mana pula akan terus dimiliki secara individu Apakah tanggungan yang setiap seorang miliki

* Perancangan harta pusaka

Apakah pula yang akan diperolehi oleh anak-anak anda daripada perkahwinan terdahulu dan juga perkahwinan kali kedua

* Jika anda bercerai

Bagaimanakah aset-aset itu akan dibahagikan Adakah pasangan anda menerima penyelesaian dalam jumlah yang banyak atau bayaran nafkah

Aset dan tanggungan

Menyentuh mengenai perkongsian aset dan tanggungan dalam perkahwinan kali kedua, di sini adalah perkara-perkara yang anda boleh lakukan.

* Hutang sebelum kahwin

Adalah lebih baik untuk mengasingkan hutang supaya ia dapat melindungi harta pasangan anda daripada penghutang.

* Hutang sewaktu perkahwinan

Sesuatu hutang itu wajar dikongsi bersama sekiranya ia diperolehi bersama. Jika tidak, ia wajar diasingkan.

* Harta dimiliki berasingan sebelum perkahwinan semula

Asingkan aset kerana ia boleh digunakan untuk diberikan kepada anak-anak daripada perkahwinan terdahulu. Ia juga adalah untuk melindungi anda daripada kehilangan harta kepada pemiutang pasangan anda.

Menyimpan akaun

Bagi sesiapa yang ingin memasuki gerbang perkahwinan untuk kali kedua, dinasihatkan supaya mewujudkan dua bentuk akaun iaitu akaun bersama dan akaun berasingan.

Akaun bersama boleh digunakan untuk menjelaskan perbelanjaan seisi keluarga seperti utiliti dan barangan dapur. Sumbangan untuk akaun bersama boleh dibuat secara adil atau sama rata atau boleh dibuat pada kadar pendapatan setiap pasangan.

Jika anda berpendapatan lebih daripada pasangan anda, anda mungkin ingin menyumbang 60 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Memiliki akaun berasingan adalah penting terutama sekali jika anda mempunyai komitmen kewangan yang diwarisi daripada perkahwinan terdahulu.

Komitmen itu termasuklah bayaran nafkah dan menyara anak. Bahkan, memiliki akaun berasingan secara psikologi akan memudahkan perkahwinan apabila anda tahu ia tidak datang daripada akaun bersama keluarga.

Pengalaman melalui perkahwinan pertama dan seterusnya perceraian, sepatutnya mendorong anda untuk mengambil langkah-langkah berwaspada terutama sekali dalam memulakan perbincangan mengenai kewangan dengan bakal pasangan anda.

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui dan lakukan demi mewujudkan status kewangan yang baik. Dan ia menjadi lebih bertepatan jika perkahwinan pertama anda hancur disebabkan isu-isu kewangan.

– BERNAMA

Majalah.Dompas.net dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Dompas Networks, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain.

Saya sebenarnya ingin berkongsi idea yang jarang dilakukan kerana sambutan tidak terjamin. Namun begitu ia akan memberi manfaat bersama kepada peserta dan penganjur.Maklumat dan syarat peraturan berkenaan kuiz tersebut telah ditulis di dalam blog yang berasingan iaitu di http://ariffaizal.blogspot.com/2007/11/kuiz-rawatan-kesihatan.html

Saya tidak mahu menyalin syaratnya di sini tetapi ingin menceritakan manfaat yang akan diperoleh oleh penganjur dan peserta khasnya. Perkongsian idea ini insya Allah mungkin boleh dicontohi oleh blogger yang lain.

Kuiz saya menawarkan hadiah RM200 kepada peserta yang mendapat tempat pertama, dan terdapat hadiah-hadiah lain yang kesemuanya berjumlah RM500. Saya pernah terjumpa dengan kuiz yang menawarkan hadiah cuma RM50, tetapi mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Dengan syarat yang dikenakan kepada peserta, sebenarnya turut memberi manfaat kepada peserta itu sendiri. Antaranya ialah dengan meletakkan link back dalam sesuatu ulasan terhadap blog saya selain hiperlink yang juga disyaratkan untuk dibuat. Kemudian peserta dikira markahnya daripada komen yang diajukan.

Sebenarnya komen yang ditinggalkan oleh pembaca di dalam blog juga mesra dengan search engine dan membantu meningkatkan rangking SEO blog. Begitu juga ulasan diletakkan back link. Di sini penganjur yang akan mendapat lebih manfaat.

Sebenarnya peserta akan mendapat manfaat yang lebih lagi. Dengan meletakkan link ke blog penganjur, sudah tentu peserta akan memasuki blog penganjur melalui link yang telah siap diletakkan di dalam blog mereka. Peningkatan kadar link out dari blog mereka juga akan meningkatkan ranking SEO blog mereka.

Di dalam blog penganjur, akan disenaraikan kedudukan terkini peserta berdasarkan kiraan markah dan kriteria tertentu. Daripada senarai tersebut, ia dilengkapi dengan link back kepada blog peserta. Biasanya peserta dalam senarai teratas akan mendapat klik yang tertinggi kerana pelawat yang lain juga ingin mengenali dengan lebih dekat siapakan komentator professional ini.

Setiap peserta diwajibkan melanggan (subscribe) FeedBurner blog penganjur sebagai salah satu syarat daripada empat syarat yang ditetapkan. Walaupun ia nampak seperti menguntungkan penganjur, tetapi peserta yang berjaya juga turut beruntung dengan ganjaran wang tunai yang dijanjikan.

Sebenarnya banyak lagi manfaat yang akan diperolehi peserta. Dengan rasa penuh hormat, anda dialu-alukan untuk menyertainya.

This post was submitted by Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin.


Catatan & Foto oleh Syafrein Effendiuz

Lirik lagu Iyeth Bustami berjudul “Laksmana Raja Di Laut” antaranya:

“Laksmana Raja Di Laut
Bersemayam di bukit batu”

Foto di atas adalah tempat bersemayam laksamana Raja di Laut di Bukit Batu, Bengkalis, Riau. Ketika saya berkunjung ke sana, rumah ini sedang dipulihara (dipugar).

Lirik lengkap lagu tersebut:

Zapin …
Aku dendangkan lagu Melayu
Pelipur hati, pelipur lara

Cahaya manis kilau gemilang
Di kantung takdir indah menawan
Aku bernyanyi berzapin riang
Moga hadirin, aduhai sayang, jadi terkesan

Kembanglah goyang atas kepala
Lipatlah panan sanggul dipadu
Kita berdendang bersuka ria
Lagulah zapin, aduhai sayang, rentak Melayu

Laksmana Raja Di Laut
Bersemayam di bukit batu
Hati siapa tak terpaut
Mendengar lagu zapin Melayu

Membawa tepak hantaran belanja
Bertatah perak indah berseri
Kami bertandak menghidup budaya
Tidak Melayu, aduhai sayang, hilang di bumi

Pektinglah gambus sayang, lantang berbunyi
Disambut dengan tengkah meruas
Saya bernyanyi sampai di sini
Mudah-mudahan hadirin semua menjadi puas

Pautan:

Artikel ini diterbitkan oleh Majalah.Dompas.net, yang juga menerbitkan Dompas Network, dan Artikel Sentral, Health and Fitness World. Editor: Syafrein Effendiuz, bekerjasama dengan Zubli Zainordin pengasas Sains dan Seni Jaya Diri, pengarang blog Total Happiness dan pengelola Book Project blog. Syafrein juga mengelola blog Catatan Sekilas, Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier, Profitlance dan lain-lain. Semua artikel boleh diterbitkan semula dengan syarat memberi kredit kepada penulis dan sumbe: http://majalah.dompas.net/ dengan link hidup.

Melaka 27 Okt., [Majalah.Dompas.net] — “Semoga mendapat haji mabrur,” demikian harapan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika merasmikan Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Melaka, 26 Oktober 2007, 8:30 malam di masjid Al-’Alami, MITC Ayer Keroh Melaka.

Beliau juga mengingatkan supaya jemaah haji tidak terlibat dengan aktiviti politik seperti tunjuk perasaan dan menumpukan perhatian untuk menunaikan ibadah haji.Kursus yang disertai oleh 1281 orang bakal jemaah haji Melaka yang berakhir pagi ini merupakan kemuncak dari beberapa kursus bersiri yang diselenggarakan oleh Lembaga Tabung Haji Negeri Melaka.

Kursus yang bermula jam 3:00 petang semalam dipenuhi dengan taklimat, ceramah motivasi, praktikal/simulasi umrah dan haji, bacaan yasin, doa selamat, dan qiyamullail.

Keberangkatan ke tanah suci bagi jemaah haji Malaysia bermula pada 11 November 2007.

Pautan:

Foto-foto Kursus Haji Perdana Melaka


Majalah.Dompas.net, 26 Okt – Aktres Erra Fazira, 33, akhirnya menghwini Engku Emran Engku Zainal Abidin, 32, malam semalam. Ijab-kabul diadakan di Restoran Puteri di Petaling Jaya.

Engku Emran ialah Ketua Pegawai Operasi Radio Suria.fm melafazkan kabul setelah Pendaftar, Nikah Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Nasroddin Mat Daud, melakukan lafaz ijab. Nasroddin mewakili bapa saudara Erra, Borhan Ridhuan sebagai wali.

Seramai 400 tetamu yang terdiri daripada keluarga rapat, kenalan dan pihak media hadir di majlis tersebut.

Catatan Syafrein Effendiuz

Orang Riau amat berterima kasih kepada Iyeth Bustami kerana memperkenalkan rentak zapin di khazanah seni suara di Indonesia. Iyeth kelahiran Bengkalis, Riau popular dengan lagu Laksmana Raja Di Laut berentak zapin plus dangdut (zapin-dut), satu-satunya penyanyi Riau yang terkenal di Indonesia.

Dia menjadi kebanggaan Riau, khususnya Kabupaten Bengkalis dan Siak Sri Indrapura.Sebelum ini, Eddy Silitonga memperkenalkan lagu ‘kebangsaan’ Riau: Lancang Kuning.

Riau tidak begitu dikenal di Indonesia selain minyak. Namun, minyaknya telah dikuras habis oleh orang luar melalui pemerintahan Suharto. Rakyatnya tetap miskin. Baru sekarang mereka mulai bangkit. Dan Iyeth menjadi penglipur lara mereka selain dari komedi ‘Yong Dolah’.Di mobil-mobil orang Melayu, lagu-lagu Iyeth ini menjadi salah satu koleksi wajib.

Tertarik dengan judul lagu ini, saya telah berkunjung ke Bukit Batu pada hari raya kedua menziarahi makam Laksmana Raja Di Laut. Pada hari berikutnya saya menuju pusat pemerintahan kerajaan Siak Seri Inderapura. [Bersambung]

Pautan:

Artikel ini diterbitkan oleh Majalah.Dompas.net, yang juga menerbitkan Dompas Network, dan Artikel Sentral, Health and Fitness World. Editor: Syafrein Effendiuz, bekerjasama dengan Zubli Zainordin pengasas Sains dan Seni Jaya Diri, pengarang blog Total Happiness dan pengelola Book Project blog. Syafrein juga mengelola blog Catatan Sekilas, Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier, Profitlance dan lain-lain. Semua artikel boleh diterbitkan semula dengan syarat memberi kredit kepada penulis dan sumbe: http://majalah.dompas.net/ dengan link hidup.

Catatan Syafrein Effendiuz

Setiap tahun, saya, isteri dan tiga orang putra-putra saya berhari raya di Singapura. Hanya tahun lalu saya tidak dapat berlebaran di sana. Cuma anak-anak dan isteri yang ke sana.

Ramai yang balik kampung semasa hari raya, tapi kami balik ke bandar (kota) Singapura.

Anak pertama dan kedua saya lahir di Singapura dan mereka terlalu rapat dengan neneknya. Setelah nenek mereka tiada, tradisi ini masih diteruskan kerana mereka merasa Singapura itu sebagai kampung halaman mereka. Lagipun, di Malaysia, terutama di taman perumahan, keadaan sepi sewaktu lebaran.

Sebaliknya, di Singapura lebaran disambut meriah. Malam hari raya di Geylang dipenuhi orang-orang yang berbelanja sampai pagi. Biasanya ada lelongan barangan apabila menjelang dinihari. Murah! Di sinilah tempat tumpuan orang Melayu semasa Ramadan dan menjelang hari raya.

Sayang tahun ini Geylang telah berwajah baru. Walaupun bagus tapi, katanya, suasananya tidak seperti dulu lagi.

Tahun ini kami berkumpul di rumah ini, Jalan Mariam, Changi – rumah Nordin & Salamah

Pada malam hari rumah-rumah Melayu berseri-seri dengan lampu lap-lip. Pabila fajar 1 Syawal terbit, mereka seperti biasa ke masjid-masjid menunaikan solat ‘Ied. Setelah itu kelihatan orang ramai yang berpakaian baju Melayu sedondon di mana-mana, di stesen bas (interchange), MRT, dan di rumah-rumah pangsa. Mereka mulai mengunjungi ibu bapa dan sanak saudara. Ramai juga yang menziarahi kubur ahli keluarga.

Sehari sebelum lebaran, kami singgah di pusara ibu bapa kami sebaik tiba di Singapura.

Di Singapura cuti umum untuk hari raya hanya sehari.

Pada pagi ini kami berkumpul di rumah salah seorang adik beradik bergiliran setiap tahun. Di sinilah kami berkumpul beramai-ramai. Jamuan yang tidak pernah ketinggalan adalah lontong dan rendang. Kadang-kadang kami bawa lemang dari Melaka.


Jamuan di pagi Raya.

Setelah tengah hari, kami mengunjungi orang-orang tua (pakcik dan makcik) secara berombongan (konvoi). Ada yang berkereta dan ada juga yang naik pickup (lori kecil). Anak-anak paling seronok naik lori terbuka ini. Kami ‘serang’ mereka beramai-ramai. Kunjung mengunjung ini berakhir sehingga larut malam.

Keesokan harinya ziarah menziarahi diteruskan lagi. Mana-mana yang bekerja akan melakukannya pada malam hari saja. Bahkan suasana seperti ini, dengan pakaian baju Melayu, berlangsung selama seminggu.

Artikel ini diterbitkan oleh Majalah.Dompas.net, yang juga menerbitkan Dompas Network, dan Artikel Sentral, Health and Fitness World. Editor: Syafrein Effendiuz, bekerjasama dengan Zubli Zainordin pengasas Sains dan Seni Jaya Diri, pengarang blog Total Happiness dan pengelola Book Project blog. Syafrein juga mengelola blog Catatan Sekilas, Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier dan lain-lain. Semua artikel boleh diterbitkan semula dengan syarat memberi kredit kepada penulis dan sumbe: http://majalah.dompas.net/ dengan link hidup.

Oleh Waliz

1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam

2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam

3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita” sekadar mengambil iktibar untuk mendidik
diri.

Artikel ini diterbitkan oleh Majalah.Dompas.net, yang juga menerbitkan Dompas Network, dan Artikel Sentral, Health and Fitness World. Editor: Syafrein Effendiuz, bekerjasama dengan Zubli Zainordin pengasas Sains dan Seni Jaya Diri, pengarang blog Total Happiness dan pengelola Book Project blog. Syafrein juga mengelola blog Catatan Sekilas, Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier dan lain-lain. Semua artikel boleh diterbitkan semula dengan syarat memberi kredit kepada penulis dan sumbe: http://majalah.dompas.net/ dengan link hidup.

Oleh Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin, Malaysia

Musibah yang diturunkan oleh Allah ialah sebagai ujian untuk meninggikan lagi matrabat manusia yang bersabar dengannya. Tetapi meratap dilarang oleh rasulullah. Kita tidak menyedari bahawa terdapat sebuah lagu yang jelas mengandungi unsur-unsur meratap. Lagu ini menjadi popular dan telah dinobatkan sebagai juara suatu ketika dulu.

Ramai blogger-blogger tanpa sedar mengambil lagu ini untuk dimuatkan dalam blog masing-masing sebagai latar cerita rapatan.Berikut ialah senikata lagu tersebut;

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

(Ulang korus)

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…

(Ulang korus)

Daripada video klip di atas, selain lagu tersebut berunsur meratap, wanita dilarang menyanyi kerana suara wanita adalah aurat. Al-Quran memerintahkan wanita menutup aurat, tetapi penyanyi tersebut tidak memakai tudung.

Selain lagu ini terdapat sebuah nasyid yang meratap kewafatan Rasulullah yang saya terdengar dimainkan di RTM1 ketika waktu berbuka puasa 1 Ramadan. Saya tidak sempat menjejakinya.

Sumber Artikel: http://majalah.dompas.net/

Perihal Penulis:

Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin pengamal profesional dalam bidang rawatan alternatif sejak tahun 1999 di Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT, No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru, 31350 Ipoh, Perak. Tel / SMS: 012-4008972 Tulisan-tulisannya diperolehi di http://rawatankesihatan.blogspot.com/