
Zubli Zainordin adalah seorang penyampai awam yang profesional. Seorang pengarang yang mantap di Malaysia, yang telah menerbitkan 4 buah buku dalam bahasa ibundanya, bahasa Melayu. Dia adalah pada masa ini menulis – Your Wisdom of Total Happiness – dalam bahasa Inggeris untuk pasaran seluruh dunia. Zubli Zainordin adalah seorang Platinum Expert Ezine@rticles Author. Juga, seorang perunding untuk AZ Smart Integrated Partnership Sdn Bhd. Zubli Zainordin meraih M Sc. dalam Komunikasi – Radio / Televisyen / Filem daripada Indiana State University (Terre Haute, Indiana, AS), Diploma dalam Komunikasi Massa Dari Universiti Teknologi MARA, dan Diploma dalam Penterjemahan – Teknikal Dan Sains, Daripada Institut Terjemahan Negara. Zubli Zainordin, ini, blogger, dari Rawang, Selangor, Malaysia. Dia ngeblog di http:/ / infozublizainordin.wordpress.com/
Pesanan dari Zubli Zainordin
Setelah mendapat undangan dari Saudara Syafrein Effendiuz, InsyaAllah, saya bakal menulis di sini bila ada kelapangan. Topik utama yang saya minati ialah Kepemimpinan Baru Di Technorati.
Saya mengetahui cara bagaimana blog ranking saya dan anda boleh meningkat di sana. Sesiapa berminat untuk menyertai, silakan hubungi saya. Selain dari banyak masa dan usaha di Technorati, saya memenuhi keemasan masa di MyBlogLog. Di sini saya kelola satu Book Project Blog, saya pengarang Who Is Zubli Zainordin blog, and Total Happiness blog. Kesemuanya dalam bahasa Inggeris.
Di sini saya menulis dalam bahasa Kita. Barangkali pada mulanya ada jarak di antara Pelancongan dan Parawisata, yang kemudiannya saya cuba ambil jalan tengah supaya pembaca Indonesia mudah fahami tulisan saya di sini. Pembaca Malaysia, mereka cepat menyesuaikan diri dengan orang lain dan budaya selain pribuminya. Saya juga adalah pengarang bersama Santa’s Community blog. Lalu, saya kongsikan nanti perihal bagaimana membina e-Komuniti berdasarkan pengalaman saya ranking 14 kali Hot Member di MyBlogLog, setakat ini.
Selain itu, saya juga pemegang visi The Total Movie, faham akan The Whole Story, kejadian dan peranan kita manusia di muka bumi ini. Bakal juga saya kongsikan dengan pembaca di sini. InsyaAllah.
Saya juga ada pengalaman interaksi dengan rakyat Indonesia. Khusus senikata lagu karya saya, Airport Polonia, dendangan Zubir Ali.
InsyaAllah, kita ketemu lagi. Kapan Kapan kita bersua lagi. Tapi, kalau di Malaysia, *kapan* aduh! Ada yang seram deh!
Sebagai permulaan, sila baca post promosi saya, khas untuk Syafrein Effendiuz Usman di http://synchronity4change.wordpress.com/ dan di sini http://synchronity4change.wordpress.com/2007/09/27/syafrein-effendiuz-usman/
Jika anda berminat untuk mempromosi diri sebagai blogger, blog, dan blogging, sila nyatakan kepada saya melalui email zubli.s.ebook[at]gmail.com.
