Foto: Nabeel Yasin dan Georgie Weedon
Nabeel Yasin adalah salah seorang penyair Iraq yang paling diraikan masa kini. Dia juga terkenal kerana puisi epiknya, Saudara Yasin (Brother Yasin.) Ketika Yasin masih muda dia merupakan penyair yang sangat-diiktiraf rezim Saddam Hussein.
Kemudian, Saddam Hussein telah mengecop pasportnya dengan perkataan “Musuh Negara”, memaksanya untuk meninggalkan rumahnya, pergi bersembunyi dan akhirnya melarikan diri ke luar negeri.
Ibunya menagis ketika Nabeel hendak meninggalkan kampung halamannya. “Aku pergi 6 bulan saja,” Nabeel cuba menenangkan ibunya. “Ternyata aku baru dapat pulang setelah 27 tahun,” tambahnya kepada wartawan Al-Jazeera dalam program “Witness” yang disiarkan pagi tadi.
Dijuluki ‘Penyair Baghdad’, Nabeel Yasin kini menjadi subjek dari sebuah buku daripada penulis Inggeris Jo Tatchell. Pengalaman hidupnya telah diabadikan oleh Jo Tatchell dalam sebuah buku ‘Nyanyian Nabil’ (Nabeel’s Song), yang telah disenaraipendekkan untuk ‘Costa Book Award’.
Sejak tahun 1990, Nabeel Yasin tinggal di UK bersama isteri dan dua orang anak lelakinya. Kehidupan sebagai seorang buangan boleh menjadi satu kesepian. Dipaksa untuk meninggalkan tanah air tercinta hanya untuk terus-menerus berurusan dengan fikiran-fikiran rakyatnya dan negeri yang mundur.
Penyair kelahiran Iraq ini menyangka puisi-puisinya tidak akan dibaca di tanah airnya. Sebaliknya, karyanya diseludupkan ke Iraq dan segera menjadi simbol perlawanan terhadap rejim Saddam Hussein.
Nabeel Yasin tentangpengasingannya:
Pengasingan adalah idea puitis dalam puisi yang aku tulis di Iraq, sebuah sensasi eksistensial tentang pengusiran dalam waktu dan orang lain. Kemudian, pengasingan menjadi kenyataan, nasib harianku. Dan pengalaman menjadi seorang buangan meresap semuanya, mengasingkan aku daripada bahasaku, menjadikan aku seorang asing di stesen kereta api, lapangan terbang, jalan raya dan jalan hutan berliku.
Ini mengubah caraku memandang segala sesuatu dan semua orang dari wajah-wajah polis hinggalah cop visa di pasportku. Isteri dan anakku telah menjadi korban pengasinganku: seperti dua pokok, aku cuba menanamnya, tanpa kejayaan.
Semakin jauh aku pergi dari tanah airku semakin aku membayangkan aku mungkin dalam perjalanan pulang sekali lagi. Bercakap tentang rumah dan membaca tentang rumah sebagai ganti aku berada di sana.
Sekarang aku di ambang kembali ke tanah airku untuk pertama kalinya dalam dua puluh tujuh tahun. Ketika aku pergi, atas sebab yang aneh, tanah tujuan yang tidak diketahui, aku tidak mengharapkan orang untuk menyambutku. Sering, aku berkata pada diriku sendiri bahawa suatu hari nanti aku akan kembali ke rumah dan di sana aku mendapat sambutan hangat.
Sekarang, saat-saat kepulanganku semakin hampir, aku terkejut kerana begitu banyak keluarga dan kawan-kawanku telah meniggal dunia ataupun pergi, siapa yang akan membuka pintu ketika aku mengetuk, dan siapa pula yang akan ada di sana untuk menyambutku.
Pautan:

