Dipetik dari buku Benteng Tauhid oleh Sekumpulan Ulama’: Abdul Rahman al-Sa’dy, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin, Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jabrin, diterbitkan oleh Daar al-Qasim, Riyad, Arab Saudi. Disunting ke bahasa Melayu oleh Syafrein Effendi bin Usman dari terjemahan bahasa Indonesia.

Segala puji bagi Allah dan semoga selawat dan salam sentiasa tercurah untuk Rasulullah (s.a.w), keluarga, para sahabatnya dan untuk seluruh orang yang mengikuti petunjuknya.

Ramai orang yang bertanya tentang hukum memperingati maulid Nabi (s.a.w) dan berdiri bersama ketika peringatan berlangsung serta memberi salam kepada Nabi (s.a.w) dan hal lainnya yang dilakukan orang pada peringatan tersebut.

Jawapannya:

Tidak boleh memperingati hari maulid Nabi (s.a.w) dan maulid (kelahiran) siapa pun kerana hal itu merupakan bid’ah yang diada-adakan dalam agama. Rasulullah (s.a.w), Khulafa’ Rasyidin, dan para sahabat, begitu pula para tabi’in yang berada dalam kurun terbaik tidak pernah melakukannya. Padahal mereka adalah orang yang paling mengerti dengan sunnah dan orang yang paling sempurna cintanya kepada Rasulullah (s.a.w) serta paling konsisten dalam mengikuti syariatnya dibandingkan dengan orang yang datang setelah mereka.

Nabi (s.a.w) bersabda (mafhumnya): “Barangsipa yang mengada-adakan dalam urusan agama kami tanpa ada dasarnya, maka hal itu akan ditolak (tidak diterima).”

Dalam hadis lain beliau bersabda (mafhumnya): “Berpegang teguhlah kamu kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa al- Rasyidin yang mendapat petunjuk setelahku, berpegang teguhla dengannya dan hindarilah oleh kamu sekalian hal-hal yang diada-adakan dalam agama. Sesungguhnya setiap hal yang dada-adakan itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu adalah sesat.”

Dua hadis ini merupakan peringatan yang keras kepada kita agar tidak mengada-adakan bid’ah dan mengamalkannya.

Allah Ta’ala berfirman (mafhumnya):

… dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. [al-Hasyr 59: 7]

… oleh itu, hendaklah mereka Yang mengingkari perintahNya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa Yang tidak terperi sakitnya. [al-Nur 24: 63]

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah (s.a.w) itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) [al-Ahzab 33: 21]

Dan orang-orang Yang terdahulu – Yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang Yang menurut (jejak langkah) mereka Dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan Yang besar. [al- Taubah 9: 100]

.. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Maidah 5: 3]

Dan banyak lagi ayat-ayat lain yang semakna dengan ini. [Bersambung]

Majalah.Dompas.net dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Dompas Networks, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain.

6 Responses to “Bida’ah Peringatan Maulid Nabi (s.a.w)”

  • radhi:

    assalamaualaikum..
    terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sekiranya tersalah atau silap di dalam komen saya ini..
    ini hanya sekadar pendapat.. saya sekeras-sekerasnyan menolak pendapat anda yang mengatakan MAULIDUR RASUL itu adalah bidaah dan tidak boleh diadakan. Sambutan Maulidur Rasul memang tidak dilakukan pada zaman sahabat. Sambutan ini mula dilakukan di era tabiin iaitu generasi ketiga selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.Imam Syafie r.a mentakrifkan Bid’ah kepada 2 bentuk; pertama apa juga bentuk perkara yang lakukan bersalahan dengan al quran atau sunnah atau ijma’ atau asar maka ia adalah Bid’ah Dholalah. Manakala apa juga perkara kebaikan yang dilakukan tiada bersalahan dengan al Quran, Sunnah, Ijma’ dan asar maka ia adalah Bid’ah Hasanah.Bid’ah dholalah boleh kita lihat contohnya seperti sembahyang diwajibkan lima waktu sehari semalam tetapi direka atau ditambah kepada 6 waktu.Dakwaan solat hanya memadai dengan niat sahaja tanpa perbuatan seperti yang dilakukan oleh sesetengah ajaran yang mendakwa sebagai ilmu makrifat juga tergolong dalam bid’ah ini.Bid’ah Hasanah yang dikira elok dan membantu memperkukuh dan memelihara sunnah. Bid’ah seperti ini walaupun tidak dilakukan oleh Rasulullah saw tetapi terdapat dalil-dalil umum dari al-quran atau hadis menyuruh atau menggalakkannya. Contohnya penulisan al quran daripada hafalan-hafalan para sahabat yang hufaz dibimbangi pada ketika itu ramai sahabat yang gugur syahid di dalam peperangan Fi Sabilillah lalu Khalifah Saidina Uthman telah mengarahkan supaya ditulis al Quran. Justeru itu hukumnya dihukum oleh ashabus Syafie adalah wajib. Bid’ah Hasanah ini juga adakala hukumnya menjadi sunat, makruh dan harus. Diriwayatkan dari Imam At tarmizi, Abu Dawud, Imam Ahmad dan Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “ Wajib ke atas kamu untuk mendengar dan patuh, meskipun ia (pemerintah) itu seorang Habsyi, kerana sesungguhnya barangsiapa di antara kamu yang hidup maka ia akan melihat banyak perbezaan-perbezaan, maka wajib ke atas kamu untuk menetapi sunnahku dan sunnah Khulafa’ Ar Rashidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ( peganglah ) ia dengan geraham ( erat-erat) dan takutlah kamu terhadap hal-hal yang baru kerana setiap Bid’ah itu adalah sesat ”. ingin saya tambah mengenai BIDA’AH bahawa perwujudan mashaf Al-Quran juga tidak dilaksanakan pada zaman nabi jadi adakah ini juga dikatakan Bidaah??? jadi fikir-fikir kan lah ea… wasalam…

  • Zuhdi maaruf:

    Saya sangat setuju pendapat radhi, bahwa bid’ah terdiri atas dua macam, yakni bid’ah dholalah dan bid’ah hasanah. dan juga kita memahami pemikiran Abdul Rahman Al Sa’dy dkk, yang menganut paham wahabi ( yang sebahagian besar dianut di Saudi Arabia ) yang sangat tegas dalam hal Bid’ah.
    Sebenarnya tidak ada hal yang perlu diperdebatkan karena masing-masing punya tafsir berbeda . Kita yang menganut Sunnah Waljamaah… tentu punya pendapat berbeza .. pula. Perbezaan paham itu tidak akan selesai sampai kiamat…..itulah indahnya Islam……..

  • Ahl al-Sunnah:

    Sabda Rasulullah s.a.w: ” … Sesungguhnya setiap hal yang dada-adakan itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu adalah sesat.”

    Ulama Saudi juga termasuk golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Cuma golongan ahlul Bidaah sajalah yang menyebut mereka golongan Wahabi.

  • Zuhdi maaruf:

    Perlu pemahaman antara Sunnah wal Jamaah, dengan Sunni, tidak semua aliran sunni menganut wal jamaah, contoh, ada aliran sunni yang hanya semata berpedoman pada Alquran dan hadist tampa mengikuti ijma ulama dan qias. golongan inilah yang sering membid’ah apapun yang tidak ada dasar dari Quran dan hadist. maaf ….. Saya setuju bid’ah itu perlu dipilah.
    Bid’ah yang dimaksud Rasullullah itu tentu yang betul-betul merusak akidah, dan tatanan hukum islam, dan perlu kiranya dikaji apakah hadist itu juga menyatakan bidah kalau sekiranya umat islam azan menggunakan mikrophone, sebab di zaman nabi tidak ada azan yang demikian tentu itu mengada-ada juga, atau naik haji dengan pesawat terbang, Jadi kesimpulannya kalau kita berbicara hal yang berbau fikih tidak akan selesai -selesai ….kata ustat saya dulu, itu tidak akan selesai sampai hari kiamat ..pasti tetap ada .bagaimana islam. bisa maju kalau umatnya hanya pintar berdebat hal yang telah kadaluarsa dan saling tuding golongan ahlul bidah satu dengan lainnya…. masih banyak yang lebih penting….seperti memikirkan bagaimana membantu saudara kita yang dibantai di Pelestina, Irak, atau bagaimana mengembangkan teknologi berbasis islami……

  • AHLU SUNNAH:

    Sabda Nabi Sallallahu alaihi wassallam : “KULLU BID’ATIN DHOLALAH” (HR. Muslim)

    Maksudnya “SETIAP BIDA’AH ADALAH KESESATAN”

    Perkataan “KULLU” = “SETIAP” (TANPA PENGECUALIAN)

    Siapalah kita nak menentang kata-kata nabi…
    Seolah2 anda bantah sabda Nabi (“Tidak wahai nabi, tidak semua bidaah sesat, kan maulid nabi baik.. ia bidaah hasanah”) adakah begitu sikap anda terhadap nabi yang mulia…

    Sila rujuk balik kata2 Imam Syafie ketika beliau membahagikan BIDAAH kepada dua..

    “Inilah yang dimaksud dengan perkataan Imam Syafie yang membahagi bidaah menjadi dua iaitu bidaah mahmudah (terpuji) dan bidaah mazmumah (tercela/ buruk). Bidaah yang sesuai dengan sunnah adalah terpuji dan baik, sedangkan yang bertentangan dengan sunnah ialah tercela dan buruk”. (RINGKASAN AQIDAH DAN MANHAJ IMAM ASY-SYAFIE)

    KALAU MAULID NABI TU BAIK.. NESCAYA PARA SAHABAT DAN SALAF BUAT DULU

    ADAKAH KITA LEBIH MENCINTAI NABI, MENCINTAI NABI ADALAH DENGAN MENGAMALKAN SUNNAH-SUNNAHNYA… BUKAN MENENTANG BELIAU DENGAN MEMBUAT BIDAAH BARU DALAM AGAMA.

    KEBENARAN BUKAN DIUKUR KERANA RAMAI ORANG YANG MELAKUKAN PADA AKHIR ZAMAN

    TETAPI KEBENARAN HANYA DENGAN KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN ASSUNNAH DENGAN PAMAHAMAN SALAFUS SOLEH

    SUNNAH LAWANNYA BIDAAH
    AHLI SUNNAH ADALAH ORANG YANG MEMPERTAHANKAN SUNNAH BUKAN YANG MENGHIDUPKAN BIDAAH

  • khairi:

    Assalamu’alaikum saudaraku serumpun jika boleh saya nak angkat bicara..sila kunjungi situs saudaramu di http://www.muslim.or.id mengenai pembukuan alquran..hal itu dilakukan semasa khalifah abu bakar atas usulan umar bin khattab, dan dimasa utsman bin ‘affan disatukan logat pembacaannya dalam dialek quraisy..kemudian di masa ‘ali bin abi thalib…huruf2hijayyah diberikan tanda baca, harakat dan lainnya… apakah ini bid’ah sedang rasulullah telah bersabda : Berpegang teguhlah kamu kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa al- Rasyidin (abu bakar, umar, utsman dan ali) yang mendapat petunjuk setelahku, berpegang teguhla dengannya dan hindarilah oleh kamu sekalian hal-hal yang diada-adakan dalam agama. Sesungguhnya setiap hal yang dada-adakan itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu adalah sesat.” .. jika anda mau meneliti kisah awal adanya peringatan milad..sila teliti kisah awal adanya christmas..yang awalnya adalah perintah kaisar romawi yang memasukkan paham paganisme memperingati hari lahir dewa matahari mesir kuno ke dalam ajaran nasrani…dan peringatan ini telah dijiplak oleh kaum muslim dengan memperingati maulid rasul…
    berhati-hatilah wahai saudaraku akan hadits nabi yang menyatakan bahwa kelak di akhir zaman umat islam ini kan mengikuti umat yahudi dan nashrani walau kelubang biawak…ini telah tampak dari berbagai perayaan, gaya hidup, pandangan mereka yang telah banyak diikuti muslim..

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.