Archive for May, 2008
Oleh S Effendiuz
MAJALAH.DOMPAS.NET, AHAD – Aktor dan tokoh politik Indonesia, Sophan Sophiaan, meninggal dunia, Sabtu pagi setelah mengalami kemalangan ketika mengenderai motor berkuasa besar Harley Davidson di KM 18-19, perbatasan antara Sragen, Jawa Tengah dan Ngawi, Jawa Timur.
Menurut Antara News, Sophan meninggal dunia akibat luka di sekitar dada pada Sabtu 17 Mei 2008, pukul 09.30 Waktu Indonesia Barat (WIB)
Kemalangan terjadi ketika motor yang dikenderainya terjebak jalan berlubang cukup besar. Sophan Sophiaan terjatuh, mengalami patah kaki dan menderita luka dalam. Selanjutnya, beliau dibawa ke Hospital Sragen dan meninggal sekitar pukul 10.00 WIB.
Allahyarham saat itu mengikuti rangkaian kegiatan mengendarai motor berkuasa besar dengan tema “Jalur Kebangkitan” sempena menyammbut dan menyemarakkan 100 Tahun Kebangkitan Nasional Indonesia.
Ketua Umum Partai Demokrasi Indonesia Pembangunan (PDIP), Megawati Soekarnoputri, melalui staf peribadinya Ari Junaedi menyampaikan duka cita yang sangat mendalam atas meninggalnya Sopan Sophiaan.
Allahyarham adalah rakan seperjuangan Megawati ketika mendirikan PDIP.
Jenazah politikus yang juga aktor senior itu, Sabtu siang langsung disolatkan di Mesjid Raya Al-Falaq Kabupaten Sragen, Jawa Tengah. Pada pukul 14.00, jenazah diterbangkan dari Bandara Adisumarmo Solo menuju Jakarta.
Jenazahnya selamat dikembumikan di di Blok AA1 Taman Pemakaman Umum (TPU) Tanah Kusir, Jakarta, Minggu, diiringi hingga ke liang kubur oleh kedua putranya.
Isterinya , Widyawati, tampak lemah dan tak dapat menahan duka selama acara pemakaman yang berlangsung selama 40 menit itu.
Dalam upacara pemakaman itu, hadir Menteri Sekretaris Negara Hatta Radjasa, Menteri Kebudayaan dan Pariwisata Jero Wacik, dan Menteri Koordinator Kesejahteraan Rakyat, Aburizal Bakrie.
Semalam Presiden RI Susilo Bambang Yudhoyono melawat ke rumah duka mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham
Jenazah diberangkatkan dari rumah duka Jalan Garuda V/C2 N0 1, Bintaro Jaya, Jakarta Selatan, pada pukul 08.15 WIB setelah dilepas oleh Menteri Komunikasi dan Informatika, M Nuh.
Sophan lahir di Makassar, Sulawesi Selatan, pada 26 April 1944, meninggalkan dua putra, Roma dan Romi, dan seorang cucu.
Allahyarham mula dikenali ketika berlakon dalam filem Pengantin Remaja (1971) memegang watak Romi bersama Widyawati sebagai Yuli. Filem ini mendapat sambutan hangat ketika itu termasuk juga di Malaysia.
Mereka kemudian berkahwin dan kekal sehingga akhir hayatnya. Pasangan ini dijadikan pasangan misali kerana rumahtangga mereka aman damai dan terhindar dari gosip yang telah menjadi asam garam kalangan selebriti. Filem terakhirnya Love yang diarahkan oleh Kabir Bathia (2008) yang juga dibintangi oleh Widyawati.
Nampaknya pasangan ini bertemu jodoh melalui filem cinta dan berpisah dengan filem cinta juga. Cinta cukup sinonim dengan pasangan bahagia ini.
Dalam politik beliau terkenal tegas dan jujur. Beliau memasuki politik dengan hati nurani suci bertujuan untuk mengubah persepsi kotor dunia politik. Ternyata beliau gagal mencapai tujuannya. Lantas Allahyarham melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen.
Berita dan foto lanjut ==> http://majalah.blogspot.com/
Majalah.Dompas.net dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Dompas Networks, Guided-Info.com dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain.

