Archive for February, 2008
Setiap kita hidup dalam bersosialisasi bermasyarakat sudah barang tentu yang rasional apabila kita memiliki Brand Image. Karena dengan kita memiliki Brand Image tersendiri dengan mudahnya kolega kita mengenal kita dengan ciri khas yang kita miliki. Kita lihat saja para pemain bola di Eropa, para perusahaan ternama mengeluarkan begitu banyak uang perusahaan mereka demi mempromosikan barang produksinya dengan memanfaatkan para pemain bola ternama untuk dijadikan brand image agar demands dari konsumen lebih meningkat tajam dari hal kecil seperti Decker sampai arena judi. Karena dirasa perlu untuk meningkatkan rasa kepercayaan dari para konsumen, maka para produsen kemudian dibuatlah langkah tersebut. Begitu pun kita, walaupun bukan pemain bola sudah semestinya kita bisa menciptakan brand image sendiri. “Untuk apa??” tentunya banyak hal yang bisa kita dapat bila ktia bisa mewujudkannya. Yang paling simple adalah membangun sebuah kepercayaan pada orang sekitar terlebih pada keluarga. Sebab hidup bermasyarakat itu tak lepas dari tetangga dekat, karena tetangga itu umpama saudara yang paling dekat. Tidak hanya cukup dengan tetangga dekat, kepada teman kantor pun perlu kita ciptakan yang namanya brand image. Keuntungan memiliki brand image di kantor selain untuk mencari teman yang enak untuk berbagi juga sedikit demi sedikit akan membawa pengaruh pada atasan kita. Kalau atasan/manager mengenal kita dengan hanya sebuah nama itu hal biasa, namun kalau atasan sudah mengenal kita dengan brand image yang sudah kita bangun tentu sang manager tidak perlu repot-repot untuk mencari asistennya. Read the rest of this entry »
Presiden Turki Abdullah Gul telah menandatangani pindaan undang-undang perlembagaan (law constitutional) yang membenarkan wanita Islam untuk memakai jilbab (headscarves) di universiti-universiti.
BBC melaporkan, parti pembangkang utama di Turki, yang kerajaannnya adalah sekular, akan meminta Mahkamah Perlembagaan untuk membatalkan undang-undang tersebut.
Para wartawan mengatakan, elit sekular Turki bimbang pembaharuan ini akan menghakis pemisahan negara dan agama.
Parlimen telah meluluskan pindaan ini secara majoriti besar beberapa minggu lepas.
‘Tiada percanggahan’
Setiap orang mempunyai hak untuk layanan sama daripada institusi-institusi negara dan lain-lain yang “tiada siapa pun boleh mengurangi hak seseorang untuk pengajian tinggi”.
Presiden Gul “tidak menemui dalam pindaan sebarang percanggahan dengan prinsip am undang-undang, ajaran-ajaran asasi republik dan prosedur peraturan-peraturan pemerintahan berkaitan pindaan perlembagaan”, menurut satu kenyataan pada hari Jumaat lalu.
Pengharaman jilbab dikuatkuasakan di universiti-universiti Turki sejak 1997. Larangan ini timbul akibat tekananan kuat ektremis tentera sekularis untuk menumbangkan kerajaan yang ketika itu dilihat sebagai terlalu Islamik.
Kelulusan ini hanya berlaku di unversiti-universiti bagi jilbab tradisional yang diikat longgar bawah dagu.
Sedangkan jilbab yang meliputi leher masih diharamkan, seperti chador dan burka.
Oleh Al-Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas
Solat Tahajjud (Qiyaamul Lail) adalah solat sunnah yang dilakukan seseorang setelah bangun dari tidurnya pada malam hari meskipun tidurnya hanya sebentar. Sangat ditekankan apabila solat ini dilakukan pada sepertiga malam yang terakhir kerana pada saat itulah waktu doa dimakbulkan.
Hukum solat Tahajjud adalah sunnah muakkadah (sunnah yang sangat ditekankan). Solat sunnah ini telah tetap berdasarkan dalil dari al-Qur-an, Sunnah Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, dan ijma’ kaum Muslimin.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
[17] Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
[18] Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). [Adz-Dzaariyaat: 17-18]
Allah Ta’ala berfirman:
[16] Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
[17] Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. [As-Sajdah: 16-17]
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman.
[9] (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. [Az-Zumar: 9]
Dan Allah Tabaaraka wa Ta’ala berfirman:
[79] Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. [Al-Israa’: 79]
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Solat yang paling utama setelah solat yang fardu adalah solat pada waktu tengah malam.” [1]
Keistimewaan Solat Tahajjud
Solat Tahajjud memiliki sekian banyak keutamaan dan keistimewaan sehingga seorang penuntut ilmu sangat ditekankan untuk mengerjakannya. Di antara keistimewaannya adalah:
1. Solat Tahajjud adalah sebaik-baik solat setelah solat fardu. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sebaik-baik puasa setelah (puasa) Ramadan adalah puasa di bulan Allah, Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat yang fardu adalah solat malam.” [2]
2. Solat Tahajjud merupakan kemuliaan bagi seorang Mukmin.Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Malaikat Jibril mendatangiku, lalu berkata, ‘Wahai Muhammad, hiduplah sekehendakmu kerana kamu akan mati, cintailah seseorang sekehendakmu kerana kamu akan berpisah dengannya, dan beramallah sekehendakmu kerana kamu akan diberi balasan, dan ketahuilah bahawa kemuliaan seorang Mukmin itu ada pada solat malamnya dan tidak merasa perlu terhadap manusia.” [3]
3. Kebiasaan orang yang salih.
4. Pendekatan diri kepada Allah Ta’ala.
5. Menjauhkan dosa.
6. Penghapus kesalahan.
Keempat keutamaan ini (bilangan 3-6) terangkum dalam sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam:
“Hendaklah kalian melakukan solat malam kerana ia adalah kebiasaan orang-orang salih sebelum kalian, ia sebagai amal taqarrub bagi kalian kepada Allah, menjauhkan dosa, dan penghapus kesalahan.” [4]
7. Solat malam adalah wasiat yang pertama kali Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam sampaikan kepada penduduk Madinah ketika beliau memasukinya. Beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Wahai manusia! Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturahim, dan solatlah pada malam hari ketika orang lain sedang tidur, nescaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.” [5]
8. Solat malam sebagai sebab diangkatnya darjat seseorang. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ketika ditanya tentang tingkatan dalam darjat:
“Memberi makan, ucapan yang sopan-santun, dan solat pada malam hari ketika orang lain tidur.” [6]
9. Dapat menguatkan hafalan al-Qur-an, membantu bangun untuk solat Subuh, mencontoh generasi terdahulu, dan lainnya.
Solat Tahajjud Rasulullah
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkan solat Tahajjud, baik ketika beliau sedang mukim maupun sedang safar. ‘Aisyah radhiyaallahu ‘anha pernah berkata, “Apabila Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam melakukan solat (malam), beliau berdiri hingga telapak kakinya merekah.” Lalu ‘Aisyah radiyallaahu ‘anha berkata, “Kenapa engkau melakukan semua ini. Padahal Allah Ta’ala telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang?” Lalu beliau menjawab,
“Wahai ‘Aisyah, apakah tidak layak aku menjadi hamba yang banyak bersyukur.” [7]
Solat Tahajjud Para Salafush Shalih
Diriwayatkan dari Abu Qatadah (wafat th. 54 H) radhiyallaahu ‘anhu, ia berkata, “Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah keluar pada suatu malam, tiba-tiba beliau bertemu dengan Abu Bakar radhiyallaahu ‘anhu yang sedang mengerjakan solat dengan melirihkan suaranya.” Abu Qatadah berkata, “Kemudian beliau bertemu dengan ‘Umar yang sedang mengerjakan solat dengan mengeraskan suaranya. “
Abu Qatadah berkata, “Tatkala keduanya berkumpul di sisi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, beliau berkata kepada keduanya, ‘Wahai Abu Bakar, aku lalu ketika engkau sedang solat dan engkau melirihkan suaramu.’ Abu Bakar berkata, ‘Sesungguhnya aku telah memperdengarkan kepada Rabb yang aku bermunajat kepada-Nya, wahai Rasulullah.’” Abu Qatadah berkata, “Kemudian beliau bertanya kepada ‘Umar, ‘Aku telah lalu, ketika itu engkau sedang mengerjakan solat dengan mengeraskan suaramu.’” Abu Qatadah berkata, “Lalu ‘Umar menjawab, ‘Wahai Rasulullah, aku telah membangunkan orang-orang yang sedang tidur terlelap dan mengusir syaitan.’ Lalu Nabi bersabda, ‘Wahai Abu Bakar, keraskan suaramu sedikit.’ Dan berkata kepada ‘Umar, ‘Wahai ‘Umar, lirihkan suaramu sedikit.”[8]
Diriwayatkan dari Zaid bin Aslam (wafat th. 136 H) rahimahullaah bahwa ‘Umar radiyallaahu ‘anhu melakukan solat malam dalam waktu yang cukup lama hingga di akhir malam beliau membangunkan keluarganya untuk melakukan solat. Beliau berkata, “Solatlah kalian! Solatlah kalian!” Kemudian beliau membaca ayat berikut:
[132] Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. [Thaahaa: 132]” [9]
Diriwayatkan dari Ibnu Sirin rahimahullaah, dia berkata, “Isteri ‘Usman berkata ketika beliau terbunuh, ‘Sungguh kalian telah membunuhnya. Sesungguhnya dia (‘Utsman bin ‘Affan, wafat th. 35 H) selalu menghidupkan malamnya dengan al-Qur-an (dalam solat malam).’” [10]
Diriwayatkan bahawa Dhirar bin Dhamrah al-Kinani rahimahullaah mensifati ‘Ali bin ‘Abi Talib radiyallaahu ‘anhu ketika dia dipanggil oleh Amirul Mukminin Mu’awiyah bin Abi Sufyan radiyallaahu ‘anhuma, ia mengatakan, “Beliau (‘Ali) tidak merasa gembira dengan dunia dan gemerlapnya dan beliau merasa gembira dengan malam dan kegelapannya. Aku bersaksi kepada Allah, sesungguhnya aku pernah melihatnya pada beberapa kesempatan ketika malam telah gelap dan bintang telah tenggelam, beliau telah berdiri miring di tempat solatnya sambil meraba janggutnya dan menangis seperti orang yang ditimpa kesedihan. Maka seakan-akan aku mendengarnya mengatakan, ‘Wahai Rabb, wahai Rabb,’ dengan penuh permohonan kepada-Nya.” [11]
Abu Usman an-Nahdi rahimahullaah mengatakan, “Aku pernah bertamu pada Abu Hurairah radiyallaahu ‘anhu selama tujuh hari. Ternyata dia, isterinya, dan pembantunya membahagi malam menjadi tiga.
Apabila yang satu telah solat, lalu membangunkan yang lain.” [12]
Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda mengenai diri ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma. “Sebaik-baik orang adalah ‘Abdullah, seandainya ia mahu solat malam.” [13]
Sesudah Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda demikian, dia tidak banyak tidur di waktu malam. Sebagian besar malamnya digunakan untuk solat dan memohon ampun kepada Allah Ta’ala. Kadang-kadang dia melakukannya hingga menjelang sahur. Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada isteri beliau, Hafsah, “Sesungguhnya saudaramu (Ibnu ‘Umar) seorang yang salih.” [14]
Ibnu ‘Abbas radiyallaahu ‘anhuma mengatakan, “Aku pernah solat (malam) di belakang Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam di akhir malam, lalu beliau mengarahkan diriku sejajar dengannya.
Tatkala selesai aku berkata, “Apakah patut bagi seseorang jika dia melakukan solat sejajar denganmu, padahal engkau adalah utusan Allah.’ Lalu beliau berdoa kepada Allah agar Dia memberikan kepadaku tambahan pemahaman dan ilmu.” [15]
Mengenai firman Allah Ta’ala, “Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam.” Al-Hasan al-Basri rahimahullaah berkata, “Mereka hanya sebentar tidur di waktu malam.” Dan mengenai firman-Nya, “Dan di akhir malam mereka memohon ampun.” [Adz-Dzaariyaat: 17-18] Al-Hasan berkata, “Mereka memanjangkan solat hingga waktu sahur, kemudian mereka berdoa dan merendahkan diri.” [16]
‘Ali bin al-Husain bin Syaqiq rahimahullaah mengatakan, “Tidak pernah kulihat orang yang lebih tepatbacaannya daripada Ibnul Mubarak. Tidak ada yang lebih baik bacaannya dan lebih banyak solatnya daripada dia. Dia solat sepanjang malam, baik dalam perjalanan (safar) mahupun yang lainnya. Dia mentartilkan bacaan dan memanjangkannya, dia sengaja meninggalkan tidur agar orang lain tidak mengetahui bilamana dia bersolat.” [17]
Yahya bin Ma’in rahimahullaah mengatakan, “Aku belum pernah melihat seorang pun yang lebih utama daripada Waki’ bin al-Jarrah rahimahullaah, dia tekun melakukan solat, menghafalkan banyak hadis, sering solat malam, dan banyak berpuasa.” Puteranya, Ibrahim, berkata, “Ayahku solat malam dan semua penghuni rumah, sampai pembantu kami, juga ikut solat.” [18]
__________
Catatan kaki
[1]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 1163 (203)), dari Shahabat Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu.
[2]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Imam Muslim (no. 1163 (203)), dari Shahabat Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu.
[3] Hadits hasan: Diriwayatkan oleh al-Hakim (IV/325), dishahihkannya dan disepakati adz-Dzahabi, sanadnya dihasankan oleh al-Mundziri dalam at-Targhiib wat Tarhiib (I/640). Beliau menisbatkan hadits ini kepada ath-Thabrani dalam al-Ausath, dan Imam al-Haitsami memberi isyarat tetapnya sanad ini dalam kitabnya Majma’uz Zawaa-id (II/253) dan menisbatkannya kepada ath-Thabrani dalam al-Ausath. Hadits ini dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam Silsilah ash-Shahiihah (no. 831) dan beliau menyebutkan tiga jalan periwayatan: dari ‘Ali, Sahl, dan Jabir radhiyallaahu ‘anhum.
[4]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi (no. 3549), al-Hakim (I/308), dan al-Baihaqi (II/502), lafazh ini milik al-Hakim, dari Shahabat Abu Umamah al-Bahili radhiyallaahu ‘anhu.
[5]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Imam Ahmad (V/451), at-Tirmidzi (no. 2485), Ibnu Majah (no. 1334, 3251), al-Hakim (III/13), ad-Darimi (I/340), dan selainnya, dari Shahabat ‘Abdullah bin Salam radhiyallaahu ‘anhu. Lihat Silsilah ash-Shahiihah (no. 569).
[6]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Imam Ahmad (V/243), at-Tirmidzi (no. 3235), dan al-Hakim (I/521), dari Shahabat Mu’adz bin Jabal radhiyallaahu ‘anhu. Lihat Shahiih Sunan at-Tirmidzi (III/99, no. 2582).
[7]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 4837) dan Muslim (no. 2820), lafazh ini milik Muslim [8]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 1329), at-Tirmidzi (no. 447), dan al-Hakim (I/310), lafazh ini milik Abu Dawud.
[9]. Muwaththa’ Imam Malik (I/117, no. 5), Tafsiir ath-Thabari (III/840, no. 24461), dan Tafsiir Ibni Katsir (III/189).
[10]. Kitab az-Zuhd (no. 671), karya Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullaah.
[11]. Hilyatul Auliyaa’ (I/126, no. 261).
[12]. Al-Ishaabah fii Tamyiizish Shahaabah (IV/209).
[13]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 1122, 1157), Muslim (no. 2479), Ahmad (II/146), dan ad-Darimi (II/127).
[14]. Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 2478) dan at-Tirmidzi (no. 3825).
[15]. Siyar A’laamin Nubalaa’ (III/338).
[16]. Kitab az-Zuhd (no. 1487), karya Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullaah.
[17]. Kitaab Jarh wat Ta’diil (I/266).
[18]. Shifatush Shafwah (II/723, no. 453).
Artikel ini diterbitkan semula oleh Majalah.Dompas.net dari Almanhaj.or.id disalin dari buku Menuntut Ilmu Jalan Menuju Surga “Panduan Menuntut Ilmu”, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka At-Taqwa, PO BOX 264 – Bogor 16001 Jawa Barat – Indonesia, Cetakan Pertama Rabi’uts Tsani 1428H/April 2007M Majalah.Dompas.net dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Dompas Network, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier, dan lain-lain.
Oleh Syafrein Effendiuz
Pada tahun 1987, saya menulis tentang HIV AiDS di majalah Famili. Ketika itu HIV belum dikenali secara meluas. Kemudian saya menulis buku Nafsu dan Perkahwinan (Penerbitan Kintan, 1992) yang salah satu babnya menyentuh soal Heteroseks, Homoseks dan Aids.
Saya menerangkan bahawa beberapa penyakit kelamin terdahulu telah ditemukan ubatnya. Kemudian muncul HIV/AIDS yang amat digeruni kerana belum ditemukan penawarnya.
Hari ini saya membaca berita BBC yang melaporkan pengakuan seorang pakar biologi pemenang HadiahNobel, Profesor David Baltimore. Dia mengatakan tidak ada sebarang kemajuan lebih lanjut dalam memperkembangkan vaksin melawan HIV sesudah lebih dari 20 tahun penelitian.

David Baltimore, yang juga presiden Perhimpunan Amerika untuk Kemajuan Sains (AAAS), mengatakan ada sedikit harapan di antara ilmuwan.
Tetapi dia mengatakan bahawa mereka sedang meneruskan usaha untuk memperkembangkan vaksin tersebut.
“Kegagalan kami mungkin dapat dimengerti tetapi tidak dapat diterima,” katanya.
“Beberapa tahun yang lalu saya mencapai kesimpulan bahawa komuniti kami mesti dengan serius melakukan pendekatan baru atau kita mungkin berhadapan dengan wabak seluruh dunia dan tiada jawaban yang efektif,” Prof Baltimore mengatakan dalam persidangan tahunan AAAS di Boston.
“Setakat itu sajalah pencapaian kami hari ini.”
HIV telah mengembangkan cara untuk melindungi diri dari sistem kekebalan manusia, tambahnya.
“Ini adalah satu cabaran besar kerana untuk mengawal kekebalan HIV komuniti saintifik mesti melakukan sesuatu yang lebih baik daripada alam semulajadi. Yakn melakukan sesuatu yang alam semulajadi, dengan kelebihan empat bilion tahun evolusi, tak dapat melakukannya,” Prof Baltimore.
“Saya percaya bahawa HIV telah menemukan cara-cara telah mengelirukan sistem kekebalan badan secara menyeluruh.
Jadi kita harus melakukan sesuatu yang lebih baik daripada alam semulajadi.”
Satu tembakan
Usaha untuk mengendalikan virus melalui antibodi atau dengan meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia berakhir dengan kegagalan.
Ini mengecewakan kalangan ilmuwan pengembang vaksin, sebab mereka melihat tiada peluang untuk berjaya, kata Profesor Baltimore.
Para ilmuwan kini beralih kepada teknik-teknik baru, seperti terapi gen dan sel induk (stem cell), kendati teknologi ini masih sangat baru.

“Pada manusia anda hanya punya satu cara, iaitu mencuba mengubah gen dalam sel induk,” kata Prof Baltimore yang dikenal sebagai salah seorang pakar terkemuka virus HIV.
“Jadi, kami cuba melakukan itu, membuat rekaan vektor yang dapat membawa gen yang akan mendatangkan manfaat terapis,” katanya.
Prof Baltimore memenangi Hadiah Nobel di bidang perubatan pada tahun 1975 atas jasanya ikut menemukan reverse transcriptase, sejenis enzyme yang kemudian didapati dipergunakan HIV untuk membiak pada sel manusia.
Dia kini memimpin laboratorium Baltimore di Caltech, dengan sokongan Yayasan Gates, untuk menemukan cara-cara meningkatkan sistem kekebalan tubuh secara genetik terhadap sumber penyakit menular, khususnya HIV.
Sebagai penutup, saya ingin memetik satu perenggan dari buku saya: “Bagi manusia yang tidak mahu melihat kekuasaan Tuhan, mereka akan terus mencari ubatnya tanpa menyedari bahawapenyakit itu sebagai amaran Tuhan. Sepatutnya di samping usaha mencari ubat itu hendaknya kita mengadakan tindakan pencegahan; hendaklah kita takut kepada azab Tuhan.” (Muka Surat 70)”

Artikel ini diterbitkan oleh Majalah.Dompas.net, yang juga menerbitkan Dompas Network, dan Artikel Sentral, Health and Fitness World, Catatan Sekilas, Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier, Profitlance dan lain-lain. Semua artikel boleh diterbitkan semula dengan syarat memberi kredit kepada penulis dan sumber: http://majalah.dompas.net/ dengan link hidup.
Saya sebenarnya ingin berkongsi idea yang jarang dilakukan kerana sambutan tidak terjamin. Namun begitu ia akan memberi manfaat bersama kepada peserta dan penganjur.Maklumat dan syarat peraturan berkenaan kuiz tersebut telah ditulis di dalam blog yang berasingan iaitu di http://ariffaizal.blogspot.com/2007/11/kuiz-rawatan-kesihatan.html
Saya tidak mahu menyalin syaratnya di sini tetapi ingin menceritakan manfaat yang akan diperoleh oleh penganjur dan peserta khasnya. Perkongsian idea ini insya Allah mungkin boleh dicontohi oleh blogger yang lain.
Kuiz saya menawarkan hadiah RM200 kepada peserta yang mendapat tempat pertama, dan terdapat hadiah-hadiah lain yang kesemuanya berjumlah RM500. Saya pernah terjumpa dengan kuiz yang menawarkan hadiah cuma RM50, tetapi mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Dengan syarat yang dikenakan kepada peserta, sebenarnya turut memberi manfaat kepada peserta itu sendiri. Antaranya ialah dengan meletakkan link back dalam sesuatu ulasan terhadap blog saya selain hiperlink yang juga disyaratkan untuk dibuat. Kemudian peserta dikira markahnya daripada komen yang diajukan.
Sebenarnya komen yang ditinggalkan oleh pembaca di dalam blog juga mesra dengan search engine dan membantu meningkatkan rangking SEO blog. Begitu juga ulasan diletakkan back link. Di sini penganjur yang akan mendapat lebih manfaat.
Sebenarnya peserta akan mendapat manfaat yang lebih lagi. Dengan meletakkan link ke blog penganjur, sudah tentu peserta akan memasuki blog penganjur melalui link yang telah siap diletakkan di dalam blog mereka. Peningkatan kadar link out dari blog mereka juga akan meningkatkan ranking SEO blog mereka.
Di dalam blog penganjur, akan disenaraikan kedudukan terkini peserta berdasarkan kiraan markah dan kriteria tertentu. Daripada senarai tersebut, ia dilengkapi dengan link back kepada blog peserta. Biasanya peserta dalam senarai teratas akan mendapat klik yang tertinggi kerana pelawat yang lain juga ingin mengenali dengan lebih dekat siapakan komentator professional ini.
Setiap peserta diwajibkan melanggan (subscribe) FeedBurner blog penganjur sebagai salah satu syarat daripada empat syarat yang ditetapkan. Walaupun ia nampak seperti menguntungkan penganjur, tetapi peserta yang berjaya juga turut beruntung dengan ganjaran wang tunai yang dijanjikan.
Sebenarnya banyak lagi manfaat yang akan diperolehi peserta. Dengan rasa penuh hormat, anda dialu-alukan untuk menyertainya.
This post was submitted by Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin.


