4

Post # 3 Klu

 

Oleh Zubli Zainordin

Di kesempatan ini saya ucapkan terima kasih kepada Syafrein Effendiuz kerana memberi saya peluang menulis di Majalah.Dompas ini. Terima kasih kepada Aa-eman kerana menaruh minat yang mendalam, dalam pencariannya sebagaimana saya sampaikan kunci kejayaan total, dalam tulisan saya sebelum ini. Cara penyampaian terbaik bakal saya tuliskan nanti, InsyaAllah.

Menarik sekali pengkisahannya. Ketika ini kita buka lagi supaya mendalam kefahaman kita akan kunci kejayaan total di kehidupan dunia yang sementara ini dan langsung di kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Ini klu nya. Terdapat satu perkataan sahaja, ianya jawapan bagi semua soalan yang saya perturunkan di sini dan yang tidak sempat saya perturunkan di sini. Jawapan itulah kunci kejayaan total diri anda.

Ini soalannya… nyatakan yang membezakan orang yang kaya dengan orang yang miskin. Satu jawapan sahaja. Setelah diketahui anda boleh memilih untuk menjadi kaya atau miskin. Syor saya jadilah kaya, okay.

Soalan seterusnya, nyatakan yang membezakan di antara orang yang sihat dan orang yang sakit. Jawapannya sama, satu sahaja.

Terus, nyatakan yang membezakan orang yang suka aman damai dan orang yang amalannya bersengketa berperang bermusuhan.

Nyatakan orang yang bahagia total dengan orang yang bahagia ya, sekadar bahagia sahaja, dan orang yang terjerat dalam emosi yang memudaratkan seperti marah, sedih, sengsara dan sebagainya lagi.

Saya boleh aturkan di sini ratusan soalan, namun memadailah yang telah dititipkan di sini. Yang membezakan itulah kunci kejayaan total nya.

Fikir, dan cari lagi, sehingga saya muncul lagi membuka helaian kulitan sehingga Aa-eman dan rakan-rakan pembaca dapat merasai natijah isinya. Sebenarnya anda sudahpun tahu jawapannya. Bersambung, InsyaAllah. Tunggu…

Sumber Artikel: http://majalah.dompas.net/

Perihal Penulis:

Zubli Zainordin adalah seorang penyampai awam yang profesional. Seorang pengarang yang mantap di Malaysia, yang telah menerbitkan 4 buah buku dalam bahasa ibundanya, bahasa Melayu. Dia ngeblog di http:/ / infozublizainordin.wordpress.com/

4 Responses

  • 1 October, 2007 at 1:06 am

    Tuan, ijinkan saya, mencoba menjawapinya.
    1. Yang membezakan orang yang kaya dan orang yang miskin, adalah rasa syukurnya kepada Allah SWT yang telah menitipkan amanahNYA.
    2. Qalbunya.
    3. Perkataannya.
    4. Silaturahminya.

  • 1 October, 2007 at 12:49 pm

    Benar, tetapi tidak tepat. Jawapan hendaklah tepat ya. Kalau saya nyatakan *satu* jawapan yang tepat bagi semua soalan. Tuan telah berikan 4. Silakan cuba lagi, satu jawapan sahaja, bagi semua soalan yang telah saya kemukakan dan tidak sempat saya kemukakan. Tanpa kunci kejayaan total ini, apa baik buruk pun tidak menjadi makna. Kunci Kejayaan ini dahulu, barulah semuanya bererti kepada anda. Khususnya kejayaan total di dunia yang sementara ini dan kejayaan total di akhirat kelak. Nanti saya kupas lagi…InsyaAllah, tunggu…

  • 1 October, 2007 at 8:35 pm

    Kalau begitu jawapan saya adalah Qalbu.

  • 25 September, 2008 at 4:00 pm

    good site wjdyxo

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Copyright © 2010 — Majalah.Dompas.net | Site design by Trevor Fitzgerald