Imbauan Kenangan Masa Lalu
Sejak mengembangkan kunci kejayaan total diri insan, nama saya mulai harum di Malaysia.
Di mana sahaja, Zubli Zainordin, tidak lekang dari sebutan pelajar sekolah, suri rumah, mahupun tokoh korporat.
Apatah lagi bila saya mulai muncul di radio, televisyen, surat khabar (koran), majalah, dan di pentas media massa. Saya turut mendapat undangan ke Brunei Darussalam, Singapura, dan Indonesia.
Di era ini, Public Communicator seperti saya yang berada di Malaysia, mahupun dari Barat datang ke Malaysia, tidakpun tahu dan tidaklah mereka menyebut perihal kunci kejayaan diri insan, ini.
Sedang suatu hari masih berada di puncak, saya singgah di Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain bertemu sahabat handai, saya sempat membaca akhbar. Ketika itu saya membaca suatu iklan seorang rakyat Malaysia menyatakan dia penyampai kunci kejayaan diri insan.
Saya telefon beliau, kami saling memperkenal diri, dan saya nyatakan ingin bertemu dengannya. Katanya datanglah ke rumah.
Beliau ialah Datuk Sulaiman Othman.
Di hari yang dijanjikan, saya sudah terpacak di pintu banglo nya. Awal barangkali, dikatakan oleh orang di dalam rumah kepada saya, Datuk masih lagi jongging. Saya tunggu.
Tepat waktu, beliau pun sampai. Saya dijamu minuman dan juadah, beliau naik ke atas untuk mandi.
Kemudian, dia hampir dan bertanya, “Siapa ni tadi?”
“Saya Zubli Zainordin, Pengasas, Sains dan Seni Jaya Diri. Saya penemu, pemegang dan penyampai kunci kejayaan total insan”.
“Saya pun”, katanya, “Sila ceritakan dulu…”
Sayapun menceritakan. Setelah selesai, beliau terus naik ke atas. Beliau bawa turun kotak demi kotak, berisi buku dan nota, serta keratan akhbar, lalu diletakkannya di hadapan saya.
Apa yang menarik ialah dua keping papan sama panjang, yang diensel, dan bila dikuak menjadi satu. Ya, satu huruf. Yakni “I”.
Beliau memulakan, kejayaan total semua insan, inilah hurufnya, “I”. Disebut juga, “aku”, “saya”, “ambo” “eden”, “den”, “teman”, “hamba”, dan sebagainya. Hakikatnya, “I”.
Ilahi
- perhatikan ada 2 “I”, awal dan akhir. Allah mencipta manusia,
Individu
- perhatikan ada 3 “I”. Dari individu inilah diciptakan pasangannya,
Isteri suami
- perhatikan jumlah dan kedudukan “I” isteri dan suami. Mereka pun menjadi,
Ibu-bapa
- perhatikan “I” pada ibu, bapa tanpa “I”. Bersama mereka, lahirlah
Insan
- inilah manusia watak utama di dunia ini. Hebatnya ialah
Ilham
- yang mencetuskan,
Idea
- semua benda di alam fisikal karyanya bermula dengan konsep di alam metafizika. Bila diterjemahkan, hasilnya ialah
Innovasi
- produk, khidmat atau seumpama yang memanfaatkan, maka dapatlah
Imbuhan
- ganjaran material dan bukan material. Dengan
Ikhlas
- sifat tauhid yang unggul, maka dari-Nya kita datang, kemudian kembali kita kepada
Ilahi.
Tepat sekali. Samalah kunci kejayaan total diri insan yang dinyatakan oleh Datuk Sulaiman Othman, dengan kunci kejayaan total diri insan yang saya sampaikan.
Beliau mula bergerak dan menggerakkan usaha penyampaian ini di zaman Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein.
Tun Abdul Razak b. Hussein
Perdana Menteri Malaysia Ke2
Saya pula memulakannya di zaman
| Mahathir bin Mohammad | |
|
Perdana Menteri Malaysia Ke4 |
|---|
Sudah terang lagi bersuluh ni. Tahukah anda, kunci kejayaan total diri anda? Silalah anda nyatakan kepada saya.
Perihal Penulis:
Zubli Zainordin pengasas Sains dan Seni Jaya Diri, pengarang blog Total Happiness dan pengelola Book Project blog. Kini penulis jemputan di Majalah.Dompas.net, usaha Syafrein Effendiuz Usman, yang blogs-nya ialah Catatan Sekilas, Usahawan Maya, Perkahwinan, Dompas Network, dan Artikel Sentral.

tak pernah saya terfikir bahawa kuncinya ialah ‘I’….mungkin saya perlu mencarigali lagi apa yang saya faham ttg ‘I’ ni..
Subhanallah. Ternyata jawabannya sangat sederhana. Namun kesederhaan ini justru menjadi kunci. Memang diperlukan ilmu yng tinggi buar memahami huruf yang mirip dengan hurup Suryani ini. Kompleksitas pikiran sering kali menjauhkan kita dari apa2 yng kita tuju. Terimakasih aa zubli, aa eman duduk manis buat lanjut merenungkan lagi.
Pada anda, siapakah yang Allah cipta? Anda hidup di dunia ini, kehidupan siapa? Orang yang berjaya total di dunia ini siapa? Orang yang bakal masuk tiga kedudukan di akhirat kelak – Taman, Api, Tempat Tinggi (Al-A’raf) siapa. Siapa inilah kunci kejayaan total diri anda. Sila nyatakan dengan pasti. Ibarat orang lapar, sesuap nasi berinti lauk enak, dan sayur segar, sudah mahu dimasukkan ke mulut, tidak penting dikaji lagi nasi itu, masukkan sahaja ke dalam mulut dan rasakan keenakkannya. Saya sudah sedia untuk mengisytiharkan idul fitri peribadi untuk anda berdua. Nah! Silakan…
Pada kehidupan aa eman ini, maka jawapnya adalah saya. Di kehidupan ini saya mencari ilmu untuk beramal, yang akan menempatkan kedudukan materil saya di dunia dan kedudukan ilmu saya di akhirat.