Kunci Nan Satu Pelbagai Namanya
Oleh Zubli Zainordin
Baiklah kita sambung lagi…
Allah telah menganugerahkan kepada setiap insan, kunci kejayaan total dirinya di dunia yang sementara ini dan di dunia yang kekal abadi kelak.
Kuncinya satu sahaja, yang sama. Namun pelbagai namanya mengikut zaman dan budayanya.
Kunci Kejayaan Total ini:

Di zaman Nabi Adam disebut sebagai Kalimah.
Di kalangan Para Anbiya disebut Berita.
Di kalangan Para Rasul disebut Risalah.
Di kalangan Yunani disebut Falsafah.
Di kalangan Orang Amerika Syarikat disebut TNT.
Kemudian disebut sebagai Force.
Kemudian disebut Vortex.
Di kalangan Orang India disebut Prana.
Ada juga disebut Syakthi.
Di kalangan Orang China disebut Chi.
China ialah yang ada Chi.
(Tai Chi dan Chi Kong).
Di kalangan orang Korea disebut Ion.
Di kalangan Datuk saya Orang Acheh di sebut kuasa.
Bila tiba kepada saya, saya namakan Gamma.
ada sebabnya, nanti…InsyaAllah saya ceritakan.
Sebab itulah kursus awalan anjuran saya dikenali sebagai *The Gammation Process*.
Nama ini saya tukar kemudiannya kerana manfaat dicapai penuh oleh peserta kursus Cina dan India, tetapi di kalangan Melayu mereka jadi keliru.
Sebab itulah kursus The Gammation Process ditukar kepada The Art and Science of Total Success
Atau Kursus Sains dan Seni Jaya Diri, dan penyampaian Gamma ditukar kepada Kunci Kejayaan Total.
Pelbagai namanya, namun kuncinya tetap satu. Jadi apakah kunci kejayaan total ini kepada anda?
Silakan… [Lihat Post # 6 | Kembali ke Post #1, #2, #3, #4]
InsyaAllah, bersambung lagi… tunggu.
Sumber Artikel: http://majalah.dompas.net/
Perihal Penulis:
Zubli Zainordin pengasas Sains dan Seni Jaya Diri, pengarang blog Total Happiness dan pengelola Book Project blog. Kini penulis jemputan di Majalah.Dompas.net

Bang!!! Beu ambeu. Ternyata jawapan saya keliru besar. Sungguh jauh panggang dari api. Tapi gpp kok. Dari kekeliruan ini saya mahu thalabul ‘ilmi agar tak keliru lagi. Sila tuan, saya duduk manis mendengarkan.
Meski sebagai centeng warnet, saya menduga jawapan tunggalnya adalah Informasi. Iya dong leknan, sekarang kan abad informasi tuh.
(Tatapku, seraya garuk2 kepala tak gatal nih)
Betul, namun belum tepat.