Oct
2007
Post # 4 Kaedah
Oleh Zubli Zainordin
Sebenarnya, ada kaedah penyampaian kunci kejayaan total diri anda. Orang terdahulu memberikannya dalam bentuk cerita ini.
Seorang lelaki melawat rumah abangnya di bandar. Di rumah itu, anak lelaki abangnya bila disuruh melukis ayam, dia lukis ayam tidak ada bulu. Ya sama seperti ayam yang dibeli di pasaraya!
Lelaki itu memberitahu abangnya, dia akan bawa anak lelaki ini pulang ke kampung, menyaksikan ternakan di sana.
Di kampung, anak lelaki ini bermula dengan mengejar ayam. Pertama kali dilihatnya tentunya, lalu dikejarnya. Selain itu dia juga dapat melihat itik, kambing, lembu, kerbau dan segala macam ternakan di sisi kebun, semacam kebun yang diusahakan Syafrein Effendiuz.
Selepas menanam pokok-pokok diatas, Effendiuz menggemburkan pokok-pokok ini:

Keesokan harinya, lelaki itu menabur benih jagung dan gandum di halaman rumahnya. Kemudian diambil beberapa perkakas anyaman buluh buat penutup mulut tempayan, lalu ditindih taburannya tadi. Kemudian barulah dilepaskan ayam dari rebannya.
Budak lelaki itu bertanya, kenapa bapa saudaranya (Paman), buat begitu, ini bukankah kes penderaan ayam namanya.
Lelaki itu menerangkan begini:
Jika makanan ditabur, dan mudah dimakan oleh ayam, maka memanglah bagus. Tetapi bila ditindih dengan penutup anyaman buluh tadi, bukan ertinya dia tidak mahu memberi ayam itu makan, tetapi menggalakkan ayam tadi mengais, menepis, mengorek, mematuk, mengais lagi.
*Kais pagi makan pagi* lah ni kan?
Sambungnya lagi, dengan kaedah begini ayam tadi makan sambil bersenam, nanti dagingnya lebih enak bila setelah dimasak, lalu dimakan.
Begitulah juga dengan kaedah penyampaian kunci kejayaan total. Bukanlah tidak mahu memberikannya seperti, *Nah! ini dia kunci kejayaan total diri anda*. Namun hendaklah disampaikan supaya individu yang mencarinya merenung, meninjau, memikir, mengerobek, menyelak, dan mengeledah. Langsung setelah ditemuinya kelak akan digenggam dan didakapnya erat sehingga bila-bila, kekal abadi.
Syabas! aa-eman telahpun mengemukakan jawapan, lalu saya berikan komen. Usah berkecil hati akan komen saya. Usah pula berputus asa. Berdasarkan cerita di atas. Nah! cuba lagi dan lagi sehingga bila tiba masa dan ketikanya, bertemulah anda dengan kunci kejayaan total diri anda. [Lihat Post # 5 | Kembali ke Post #1, #2, #3]
InsyaAllah bersambung…tunggu!
Sumber Artikel: http://majalah.dompas.net/
Perihal Penulis:
Zubli Zainordin pengasas Sains dan Seni Jaya Diri, pengarang blog Total Happiness dan pengelola Book Project blog. Kini penulis jemputan di Majalah.Dompas.net


Subhanallah. Inilah satu pelajaran falsafah dan moral berjihad bagi saya. Rupanya saya terbiasa mengambil kesimpulan terburu, lalu mengeluarkan opini yang salah. Saya terlalu cepat in-action. Kalau beitu saya akan perlambat sedikit jalan pemikiran saya, buat diselaraskan dengan tindakan mencarinya merenung, meninjau, memikir, mengerobek, menyelak, dan mengeledah. Sampai Insyallah saya dapat dan berjodoh buat menggenggamnya dengan nikmat. Kini saya duduk manis kembali.
Sungguh menyentuh … Tolong foto ayamnya diperbesar. Salam takjub
Cepat atau lambat bukan hitungan, yang penting setelah ditemui kunci kejayaan total, ianya bermanfaat kepada aa-eman dan bertahan selamanya. Perhatikan orang Arab yang mendapat hidayah dari Allah, sehingga mengecap manisnya syahid berjuang bersama Rasulullah di medan perang. Medan! Tidak seperti orang Arab yang mendapat hidayah dari Allah, bila berperang, katanya Tuan jalan dulu, nanti saya menyusul. Takut ia akan kematian, sedangkan demi ketetapan Allah, dia bisa mati di rumahnya. Bisa tuh! Demikianlah kunci kejayaan total ini, bukan tempohnya, tapi langsung bertahannya. Begitu.
Okay ngegak besarnya ayam tuh! Harap memuaskan…